Wednesday, July 22, 2009










NASIHAT LUKMAN AL-HAKIM KEPADA ANAKNYA




Kata Lukman Al-Hakim kepada anaknya: “Wahai Anakku! Apabila perutmu penuh dengan makanan(kenyang), maka akan matilah fikiran dan hikmah kebijaksanaanmu. Semua anggota badanmu akan menjadi malas untuk melakukan amal ibadah, dan akan hilanglah kebersihan hati dan kehalusannya di mana hati yang bersih itu hanya akan tercapai dengan kelazatan bermunajat (menghadap Allah) dan manfaat berzikir ( mengingati Allah).”



Kata Lukman Al-Hakim: “Wahai anakku! Kalau sewaktu kecil engkau rajin belajar dengan tekun menuntut ilmu sebanyak-banyaknya, maka apabila kamu dewasa kelak(di hari tua) kamu akan memetik buahnya dan kamu akan menikmatinya.”




Kata Lukman Al-Hakim: “Wahai anakku!Kamu ikutlah ketika orang membawa jenazah, danjanganlah kamu mengikuti jamuan perkahwinan kerana jenazah itu dapat mengingatkan kamu akan kesudahan dari hidupmu di dunia yg fana ini sementara majlis perkahwinan akan membangkitkan nafsu berahimu dan ini akan membuatkan kamu beras senang dengan kehidupan dunia.”




Kata Lukman Al-Hakim: “Wahai anakku! Sepanjang hidupku aku hanya dapat memilih 8 Kalimah dari pusaka para nabi yang lalu,sabda mereka:-


Apabila engkau mengerjakan sembahyang, beribadah kepada Allah s.w.t. maka jagalah baik-baik fikiranmu.


Apabila engkau berada di rumah orang lain, hendaklahkamu menjaga pandangan matamu.


Apabila engkau berada di tengah-tengah majlis,hendaklah kamu menjaga lidahmu(perkataanmu).


Apabila engkau hadir dalam jamuan makan hendaklah kamu menjaga perangaimu.Ingatlah kepada Allah s.w.t. sentiasa.Ingatlah akan mati sentiasa.Lupakanlah budi baikmu terhadap orang lain.Lupakanlah semua kesalahan orng terhadap dirimu.








Jenis-jenis pemuat.


















  • Pemuat terdapat dalam bentuk pemuat tetap dan pemuat boleh ubah.



  • Terdapat beberapa jenis pemuat tetap; antaranya pemuat seramik, kertas, udara, dan elektrolik.



  • Pemuat jenis elektrolik mempunyai mempunyai kekutuban dan ia mesti disambung mengikut kekutuban yang betul dalam litar.



  • Pemuat boleh ubah digunakan untuk membuat pelarasan halus pada litar. Ia mempunyai dielektrik seramik atau mika.










Mengecas dan menyahcas pemuat.




  • Apabila pemuat disambung denagn sumber bekalan,proses mengecas berlaku.

  • Pengumpulan cas menyebabkan wujudnya beza upaya antara kedua-dua plat pada pemuat tersebut. Proses mengecas terhenti dengan sendiri apabila beza upaya antara dua plat pada pemuat sama dengan voltan sumber bekalan.

  • Proses nyahcas berlaku apabila laluan pengalir disambung antara dua plat pada pemuat. Ini berlaku sehingga nilai voltan antara plat menjadi kosong.










Kerosakan dan pengujian pemuat.

  • Jenis kerosakan pada pemuat ialah terpintas, bocor dan terbuka.
  • Pemuat boleh diuji dengan menggunakan meter LCR dan meter pelbagai.
  • Meter LCR memberi nilai kemuatan sesuatu pemuat. Jika nilai kemuatan yang dibaca tidak menepati spesifikasi, ia mungkin rosak sama ada bocor, terpintas, atau terbuka bergantung kepada nilai bacaan yang diberi.
  • Meter pelbagi juga boleh digunakan untuk menentukan sama ada sesuatu pemuat itu berkeadaan baik atau tidak.




Tuesday, July 21, 2009










Sumber tenaga elektrik

Sumber tenaga elektrik dan penghasilan tenaga elektrik.





  1. Cahaya, haba, magnet, kimia, dan geseran adalah sumber tenaga elektrik.


  2. Sumber-sumber ini berkeupayaan untuk menyebabkan wujudnya beza upaya elektrik yang diperlukan untuk membolahkan arus mengalir.


  3. Tiga kaedah terpenting penghasilan tenaga elektrik ialah melalui:


v Tindakan keelektromagnetan.
v Tindakan sel suria
v Tindak balas kimia.

  • Tindakan keelektromagnetan ialah penghasilan tenaga elektrik menggunakan alat yang dinamai penjana.


  • Apabila gegelung pengalir di dalam penjana berputar, ia memotong fluks magnet dan kesan daripada itu tenaga alaketrik terhasil.

  • Selain kuasa terma,turbin juga bolah terputar oleh kuasa ombak,hidro,angin dan geoterma.

  • Tenaga elektrik juga dapat dihasilkan melalui ujian elektron dalm fotosel.
  • Apabila cahaya terkena permukaan sel,elektron yang terdapat dalam bahan tersebut mendapat cukup tenaga untuk terpisah daripada atomnya bagi membolehkan ia menyeberangi simpang.

  • Penghasilan tenaga elektrik melalui kimia pula ialah seperti yang dilakukan sel elektrik yang menjadi asas kepada sesuatu bateri.
  • Tindak balas kima dalam sel menghasilkan cas yang bertentangan pada elektrod-elektrod.












Jenis-jenis bekalan elektrik.






  • Terdapat dua jenis bekalan elektrik, iaitu bekalan terus (AT) atau (DC) dan bekalan arus ulang alik (AU) atau (AC)

  • Dalam bekalan AT, arus mengalir satu hala sahala. Ini kerana sumbernya mempunyai keluaran yang berkutub tetap. Cth. Sel kering.

  • Arah arus adalah dari kutub positif ke kutub negative mengikut arus lazim.

  • Dalam bekalan AU arus mengalir dalam dua hala kerana kekutuban sumber AU sentiasa bertukar.
Sel dan bateri.















1. Bekalan arus terus boleh diperoleh daripada sel dan bateri.
2. Terdapat beberapa jenis sel, antara yang terpenting ialah sel kering dan sel asid plumbum.
3. Bateri adalah gabungan bebarapa sel yang disambung secara elektrik.
4. sel boleh disambung secara siri, selari, siri selari bergantung kepada penggunaannay.





Mengukur voltan dan arus.














  • voltan bolah diukur menggunakan meter volt dan osiloskop. Arus pula diukur dengan menggunakan meter amphere.


  • Fungsi meter volt dan meter amphere juga terdapat pada meter pelbagai.


Meter pelbagai.









  • Meter pelbagai adalah antara alat mengukur kuantiti elektrik yang tersangat penting.

  • Terdapat dua jenis metr pelbagai iaitu meter pelbagai analog dan meter pelbagai digital.
  • Meter pelbagai bolah digunakan untuk mengukur volatn AT,AU, arus AT,AU, dan juga rintangan.

  • Terdapat juga meter pelbagai yang mempunyai fungsi tambahan seperti penguji diod,transisitor dan ia bergantung kepada model meter.




Osiloskop



  • Osiloskop ialah alat pengukuran yang dapat menunjukan bentuk gelombang dan parameter berkaitan voltan AT dan AU.

  • Nilai voltan dapat diketahui daripada gelombang yang terpapar pada skrin. Paksi menegak mewakili nilai voltan dan paksi mengufuk mewakili masa.

  • Bentuk-bentuk gelombang juga dapat dicerap secara serentak dengan menggunakan osiloskop yang mempunyai lebih dari satu saluran.

Pengalir dan penebat.

  • Pengalir ialah bahan yang mempunyai rintangan yang sangat rendah. Arus mudah mengalir dalam bahan ini. Contoh bahan pengalir ialah kuprum,aluminium,emas dan perak.
  • Bahan yang mempunyai rintangan yang sangat tinggi dinamai penebat. Oleh kerana rintangannya sangat tinggi, arus tidak boleh mengalir melaluinya. Contoh bahan penebat ialah getah, polivinil, klorida, milka, tembikar,dan kertas.
  • Keupayaan arus mengalir melalui pengalir bergantung kepada rintangan pengalir tersebut.


Sunday, July 19, 2009