Wednesday, July 22, 2009










NASIHAT LUKMAN AL-HAKIM KEPADA ANAKNYA




Kata Lukman Al-Hakim kepada anaknya: “Wahai Anakku! Apabila perutmu penuh dengan makanan(kenyang), maka akan matilah fikiran dan hikmah kebijaksanaanmu. Semua anggota badanmu akan menjadi malas untuk melakukan amal ibadah, dan akan hilanglah kebersihan hati dan kehalusannya di mana hati yang bersih itu hanya akan tercapai dengan kelazatan bermunajat (menghadap Allah) dan manfaat berzikir ( mengingati Allah).”



Kata Lukman Al-Hakim: “Wahai anakku! Kalau sewaktu kecil engkau rajin belajar dengan tekun menuntut ilmu sebanyak-banyaknya, maka apabila kamu dewasa kelak(di hari tua) kamu akan memetik buahnya dan kamu akan menikmatinya.”




Kata Lukman Al-Hakim: “Wahai anakku!Kamu ikutlah ketika orang membawa jenazah, danjanganlah kamu mengikuti jamuan perkahwinan kerana jenazah itu dapat mengingatkan kamu akan kesudahan dari hidupmu di dunia yg fana ini sementara majlis perkahwinan akan membangkitkan nafsu berahimu dan ini akan membuatkan kamu beras senang dengan kehidupan dunia.”




Kata Lukman Al-Hakim: “Wahai anakku! Sepanjang hidupku aku hanya dapat memilih 8 Kalimah dari pusaka para nabi yang lalu,sabda mereka:-


Apabila engkau mengerjakan sembahyang, beribadah kepada Allah s.w.t. maka jagalah baik-baik fikiranmu.


Apabila engkau berada di rumah orang lain, hendaklahkamu menjaga pandangan matamu.


Apabila engkau berada di tengah-tengah majlis,hendaklah kamu menjaga lidahmu(perkataanmu).


Apabila engkau hadir dalam jamuan makan hendaklah kamu menjaga perangaimu.Ingatlah kepada Allah s.w.t. sentiasa.Ingatlah akan mati sentiasa.Lupakanlah budi baikmu terhadap orang lain.Lupakanlah semua kesalahan orng terhadap dirimu.



No comments:

Post a Comment