
Sumber tenaga elektrik
Sumber tenaga elektrik dan penghasilan tenaga elektrik.
- Cahaya, haba, magnet, kimia, dan geseran adalah sumber tenaga elektrik.
- Sumber-sumber ini berkeupayaan untuk menyebabkan wujudnya beza upaya elektrik yang diperlukan untuk membolahkan arus mengalir.
- Tiga kaedah terpenting penghasilan tenaga elektrik ialah melalui:
v Tindakan keelektromagnetan.
v Tindakan sel suria
v Tindak balas kimia.
- Tindakan keelektromagnetan ialah penghasilan tenaga elektrik menggunakan alat yang dinamai penjana.
- Apabila gegelung pengalir di dalam penjana berputar, ia memotong fluks magnet dan kesan daripada itu tenaga alaketrik terhasil.
- Selain kuasa terma,turbin juga bolah terputar oleh kuasa ombak,hidro,angin dan geoterma.
- Tenaga elektrik juga dapat dihasilkan melalui ujian elektron dalm fotosel.
- Apabila cahaya terkena permukaan sel,elektron yang terdapat dalam bahan tersebut mendapat cukup tenaga untuk terpisah daripada atomnya bagi membolehkan ia menyeberangi simpang.
- Penghasilan tenaga elektrik melalui kimia pula ialah seperti yang dilakukan sel elektrik yang menjadi asas kepada sesuatu bateri.
- Tindak balas kima dalam sel menghasilkan cas yang bertentangan pada elektrod-elektrod.
Jenis-jenis bekalan elektrik.

- Terdapat dua jenis bekalan elektrik, iaitu bekalan terus (AT) atau (DC) dan bekalan arus ulang alik (AU) atau (AC)
- Dalam bekalan AT, arus mengalir satu hala sahala. Ini kerana sumbernya mempunyai keluaran yang berkutub tetap. Cth. Sel kering.
- Arah arus adalah dari kutub positif ke kutub negative mengikut arus lazim.
- Dalam bekalan AU arus mengalir dalam dua hala kerana kekutuban sumber AU sentiasa bertukar.

1. Bekalan arus terus boleh diperoleh daripada sel dan bateri.
2. Terdapat beberapa jenis sel, antara yang terpenting ialah sel kering dan sel asid plumbum.
3. Bateri adalah gabungan bebarapa sel yang disambung secara elektrik.
4. sel boleh disambung secara siri, selari, siri selari bergantung kepada penggunaannay.
Mengukur voltan dan arus.

- voltan bolah diukur menggunakan meter volt dan osiloskop. Arus pula diukur dengan menggunakan meter amphere.
- Fungsi meter volt dan meter amphere juga terdapat pada meter pelbagai.
Meter pelbagai.

- Meter pelbagai adalah antara alat mengukur kuantiti elektrik yang tersangat penting.
- Terdapat dua jenis metr pelbagai iaitu meter pelbagai analog dan meter pelbagai digital.
- Meter pelbagai bolah digunakan untuk mengukur volatn AT,AU, arus AT,AU, dan juga rintangan.
- Terdapat juga meter pelbagai yang mempunyai fungsi tambahan seperti penguji diod,transisitor dan ia bergantung kepada model meter.
Osiloskop

- Osiloskop ialah alat pengukuran yang dapat menunjukan bentuk gelombang dan parameter berkaitan voltan AT dan AU.
- Nilai voltan dapat diketahui daripada gelombang yang terpapar pada skrin. Paksi menegak mewakili nilai voltan dan paksi mengufuk mewakili masa.
- Bentuk-bentuk gelombang juga dapat dicerap secara serentak dengan menggunakan osiloskop yang mempunyai lebih dari satu saluran.
Pengalir dan penebat.
- Pengalir ialah bahan yang mempunyai rintangan yang sangat rendah. Arus mudah mengalir dalam bahan ini. Contoh bahan pengalir ialah kuprum,aluminium,emas dan perak.
- Bahan yang mempunyai rintangan yang sangat tinggi dinamai penebat. Oleh kerana rintangannya sangat tinggi, arus tidak boleh mengalir melaluinya. Contoh bahan penebat ialah getah, polivinil, klorida, milka, tembikar,dan kertas.
- Keupayaan arus mengalir melalui pengalir bergantung kepada rintangan pengalir tersebut.


No comments:
Post a Comment