Wednesday, July 22, 2009






Jenis-jenis pemuat.


















  • Pemuat terdapat dalam bentuk pemuat tetap dan pemuat boleh ubah.



  • Terdapat beberapa jenis pemuat tetap; antaranya pemuat seramik, kertas, udara, dan elektrolik.



  • Pemuat jenis elektrolik mempunyai mempunyai kekutuban dan ia mesti disambung mengikut kekutuban yang betul dalam litar.



  • Pemuat boleh ubah digunakan untuk membuat pelarasan halus pada litar. Ia mempunyai dielektrik seramik atau mika.










Mengecas dan menyahcas pemuat.




  • Apabila pemuat disambung denagn sumber bekalan,proses mengecas berlaku.

  • Pengumpulan cas menyebabkan wujudnya beza upaya antara kedua-dua plat pada pemuat tersebut. Proses mengecas terhenti dengan sendiri apabila beza upaya antara dua plat pada pemuat sama dengan voltan sumber bekalan.

  • Proses nyahcas berlaku apabila laluan pengalir disambung antara dua plat pada pemuat. Ini berlaku sehingga nilai voltan antara plat menjadi kosong.










Kerosakan dan pengujian pemuat.

  • Jenis kerosakan pada pemuat ialah terpintas, bocor dan terbuka.
  • Pemuat boleh diuji dengan menggunakan meter LCR dan meter pelbagai.
  • Meter LCR memberi nilai kemuatan sesuatu pemuat. Jika nilai kemuatan yang dibaca tidak menepati spesifikasi, ia mungkin rosak sama ada bocor, terpintas, atau terbuka bergantung kepada nilai bacaan yang diberi.
  • Meter pelbagi juga boleh digunakan untuk menentukan sama ada sesuatu pemuat itu berkeadaan baik atau tidak.




No comments:

Post a Comment